Rasa Rimba Catering
“Resepi Warisan,Santapan Harian”
Rasa Rimba ditubuhkan dan memulakan operasinya pada tanggal 06/06/2011 bertempat di “Jungle
Food Court” Petaling Jaya.Menggunakan cogan kata “Resepi Warisan, Santapan Harian”,Rasa Rimba mula dikenali dan menjadi bualan orang ramai disebabkan oleh menu utamanya(signature menu) yang unik lagi lazat iaitu “Nasi Minyak Pelangi Rimba”.Menu ini adalah hasil inovasi dua orang anak muda iaitu “Rein” dan juga “Adi” yang mana menggabungkan resepi warisan tradisional dan juga moden.
Berkelulusan ijazah dalam bidang “Pengurusan Hotel dan Pelancongan “ dari UiTM dan juga berpengalaman dalam bidang hotel dan catering,merupakan satu kelebihan bagi kedua-dua anak muda ini untuk memastikan setiap menu yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan menepati citarasa pelanggan.
Tidak sampai 2 bulan tempoh perniagaan,Rasa Rimba telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan katering majlis perkahwinan walaupun pada masa itu kami belum mempunyai peralatan ketering yang lengkap.Namun atas usaha keras dan rahmat dari yang Esa kami berjaya mengendalikan majlis tersebut.Bermula dari situlah,Rasa Rimba menukar nama dan menggunakan nama "Rasa Rimba Catering "dan memulakan perniagaan katering secara serius.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada teman rapat lagi disayangi Azhar Abbas kerana banyak membantu dalam memajukan Rasa Rimba Catering
Sehingga kini walaupun usia kami baru setahun jagung,tetapi sudah banyak majlis -majlis besar yang kami jayakan.Antara yang terbaru pada 1 Disember 2012 iaitu menyediakan perkhidmatan katering untuk 2700 orang makan bagi majlis perkahwinan.

Menjanjikan dan memberi jaminan kualiti dan perkhidmatan yang terbaik,Rasa Rimba Catering sememangnya bersiap sedia untuk menerima tempahan pelbagai menu untuk segala majlis dari anda semua.
Jangan sesekali menilai kami dari aspek usia,tetapi berilah kami tanggungjawab dan peluang untuk menyempurnakan majlis penting anda.